Monday, February 8, 2010

Mari Bantu Baby Ammar

Herm, tak tahu macam mana nak mulakan ayat sebab hati rasa simpati dan sedih bila tahu keadaan baby Ammar. Mungkin saya diantara yang mungkin agak terlewat mengetahui hal ni, walhal banyak dah blogger-blogger yang sudah pun post pasal ni. Cuma saya je yang akhir-akhir ni, sibuk menyiapkan tutorial sehingga tak sempat untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai hal ini. Tadi terbaca pasal baby comel ni kat Blog Syifa dan sekiranya nak tahu dengan lebih lanjut, klik kat Blog Mummy Ammar ni ye..

bby ammar

Tengokla ni.. comelnya.. terus-terang saya katakan yang saya memang tak sampai hati bila dengar, nampak ataupun terbaca tentang baby-baby macam ni.. Tersentuh hati sangat dan saya paham keadaan mummy Ammar sebab saya juga seorang ibu.   (ya saya tahu, bukan saya je yang tersentuh hati, yang lain-lain kat luar sana pun pasti tersentuh bila baca pasal baby comel ni)

Untuk pengetahuan semua, baby ni baru berusia 2 tahun dan dia mengidap penyakit jantung semenjak lahir lagi atau pun dengan bahasa hospitalnya, heart defect (PDA). Jadi, baby ni perlu menjalani pembedahan pada 22 Februari 2010 ni (tak lama lagi dah) dan memerlukan sejumlah wang yang sangat banyak untuk menjalani pembedahan iaitu sebanyak RM15000 (banyak kan??).

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada baby ni. Bantuan anda sekelian bolehlah dibank-in terus ke Akaun Maybank Mummy Ammar..

Azmaniza Mohamad Kamal - 514093114912 (Maybank)

adik ammarHari ni hari dia, manalah tahu esok-esok hari kita pula.. Jadi, sama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan tak kira macam mana bentuk sekali pun bantuan itu dan sama-sama juga kita mendoakan segala yang terbaik untuk baby Ammar serta semoga cepat-cepat sembuh.

 

Buat Kak Asz AKA Mummy Ammar,

Sabar banyak-banyak ye kak.. Jangan putus2 untuk berdoa sebab doa tu kan senjata buat kita. Semoga akak dikuatkan lagi semangat dan diberi hati yang tabah dalam mengharungi dugaan-dugaanNYA.. Segala apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. dan saya dari jauh mendoakan agar anak akak kuat semangat , cepat-cepat sembuh dan sentiasa dilindungi olehNYA. AMIN~

No comments:

Related Posts with Thumbnails