Thursday, February 11, 2010

Kucing mata satu

image

Subhanallah.. Allahu Akhbar.. Tu je yang asik keluar dari mulut dan hatiku bila terbaca pasal artikel ni.. dalam kepala lak asik terpikir “macam Dajjal ke ni”.. uhuhu.. isk, sila jangan pikir yang bukan-bukan.. meh layan berita ni kat bawah.. ZASSSSss~ (ala-ala Wahid Melodi) =P

SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.

Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.

Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.

“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).

Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.

(sumber: Harian Metro, http://www.hmetro.com.my/myMetro)

14 comments:

zool said...

takut plak kalau ada kucing camtu kat umah...

Mark Jue said...
This comment has been removed by the author.
Mark Jue said...

setahu sayer makhluk plik cenggini mmg xleh survive lame pun kat muka bumi.

N said...

ngeee,kuasa Allah semua ni kan

Anonymous said...

seram le nk tgk.. grrr...

Syazni Rahim said...

Kawan aku pernah ade kucing dia beranak macam tu gak, tp mati.. kucing tu cacat sebenarnya~

Qisha said...

suhanallah..tiba2 teringat hari kiamat..terima kasih atas peringatan ni..salam kenal..follow yer

cik chubby said...

menakutkan la...mremang blu rme...uishhh

Faarihin said...

SubhanAllah.. kuasa Allah.. tiada siapa yang boleh menandingiNya..

sitinoorhidayahali said...

wallahualam..Allah lbih mngetahui..kn2 ?

Irine Nadia said...

penah gak dengar kalo matu satu nih dajal..emmmm..subhanallah

miss lolly a.k.a luvfareda said...

KUASA TUHAN SEMUA TU

Zazachan said...

subhanallah..ni tanda2 kebesaran Allah S.W.T.

FaradiaNa said...

lau xsilap...dajal bukan mata satu tp mate sebelahnye buta,,,,

Related Posts with Thumbnails