Tuesday, January 5, 2010

Tips Kecantikan... wahahaha :P

Good Morning smua..

arini pepagi ngah mood nak mengarut.. mengarut okay bukan mengurut.. dan juga bukan mencarut... ahahaha :D
ntah kenapa tetibe nak kongsi ngan u ols tips ni... al-maklum jela, diri sndri pun mmg suke mandi air pns atau dlm erti kate lain, pkai water hitter.. (eyh, betol ke aku eja tu? bolehla.. layan~) TP once bace pasal artikel ni, agakla terkezut badak.. hahaha.. x sangke mandi air pns, leh kedutkan kulit.. huhuhu
so guys, here you go...


jap, cantik ka pic ni?? wakakakaka.... :D prasantan jek.. ni aku jz amik aura cantik dr member sblh aku merangkap model intern tuk company aku mase tu... :P



Air panas kedutkan kulit (mandi susu elok diamalkan untuk jaga kecantikan badan)

Ada 5 cara mudah untuk memastikan kulit cantik berseri

Tip Pertama
Pertama, elak daripada mandi air panas kerana air panas akan menyebabkan kulit kering dan cepat berkedut. Sebagai pilihan, gunakan air suam.
Usah gunakan sabun yang kasar, sebaliknya gunakan sabun yang dapat melembutkan kulit. Kulit pula harus dilap dengan lembut untuk mengelakkannya daripada sebarang alahan.

Tip Kedua
Penggunaan krim pelembap atau losen mampu melindungi kulit supaya ia lembap sepanjang hari manakala berpeluh dapat mengeluarkan toksin daripada badan, Justeru, lakukan senaman setiap hari.
Selain itu, jika memberus rambut boleh merangsang kulit kepala, perkara sama boleh dilakukan untuk tubuh. Memberus kulit membantu untuk membantu untuk merangsang pengaliran darah serta menyingkirkan kotoran daripada lapisan dalaman kulit.
Berus kulit yang kering dengan lembut bermula dari tapak kaki menghala ke bahagian atas baan sebelum memberus bahagian tangan dan belakang. Elakkan tempat sensitive dan usah sesekali memberus bahagian muka.
Mandi susu juga elok diamalkan kerana ia membantu melembut dan menghidratkan kulit. Caranya mudah sahaja iaitu campur beberapa sudu besar serbuk susu ke dalam semangkuk besar air suam dan tambahkannya dalam mandian.
Selain itu, tambahkan segelas susu terus ke dalam air mandian. Untuk lebih lembut, tambah sesudu madu yang membantu untuk melembap serta bertindak sebagai antiseptic sederhana.
Untuk membuang sel kulit mati, rajinkan diri menyental tubuh dengan memilih bahan yang mengandungi bahan pelembap supaya kulit tidak kering.

Tip ketiga
Untuk mereka yang mahu mengempiskan perut, antara caranya adalah elak daripada makan nasi bersulamkan air. Sebaliknya, minum air selepas makan. (rasanya, pasal petua ni, ramai yang tahu kan?)
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula elok diminum setiap hari. Sebaiknya, biarkan teh yang diminum itu panas suam untuk mendapatkan kesan yang baik dalam usaha mengempiskan perut.

Tip keempat
Untuk menghindari rambut gugur, masukkan 3 sudu besar serbuk teh ke dalam serbuk secawan air mendidih, kemudian tapis.
Bancuh air the bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 3 jam. Seelok-eloknya diamalkan 2 minggu sekali.
Selain itu, tumbuk sedikit arang hingga lumat, kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan di seluruh rambut dan biarkan selama 2 jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
Air asam jawa dan santan juga boleh digunakan yang dicampur dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bungaan wangi. Basuh rambut menggunakan campuran itu dan rambut berbau harum tanpa disyampu.

Tip kelima
Bagi menghilangkan lebam mata, ambil uncang teh yang sudah digunakan. Lekapkan pada mata dan biar semalaman. Lakukannya tiga kali seminggu ketika hendak tidur.
Bahagian lebam mata juga boleh disapu perahan limau nipis yang boleh dilakukan beberapa kali.
Untuk menyegarkan mata, ambil hirisan timun dan lekap pada kelopak mata. Mata kembali segar selepas itu.

Segala tip mudah kali ini diamalkan oleh penyanyi terkenal, Dayang Nur Camelia Abang Khalid.

(sumber: Harian Metro, 14 Nov 2009)

2 comments:

uncle said...

uuuu ada petua kecantikan kat sini..patut lah tuan blog kat sini garinggggg !! hahahahha..uncle ikut mana yang boleh sebab nak jadi model kat hannah contest tu ..biar terkejut beruk orang kat sana melihat kechantekan dan keayuan uncle ni ..wekkk(rasa cam nak muntah!!)

jajarina said...

hahaha... uncle ni lawakla.. =D
semangat bebeno uncle ek ngan contest tu.. hehe go go uncle!! GOOD LUCK taw!! uncle menang nanti jgn lupe kongsi hadiah... ngee~ ;P

Related Posts with Thumbnails