Thursday, March 18, 2010

Panduan pemakanan elak kanser payudara

(INFO SIHAT)

imagetanx to Mr. Google for de pic ;) 

Saintis belum menemui punca sebenar barah payudara atau cara terbaik bagi mengelak daripada penyakit berkenaan. Namun, beberapa cadangan oleh pakar pemakanan dan perunding nutrisi dari Jabatan Kesihatan Vermont, Amerika Syarikat, Lynn Greiger boleh dijadikan panduan sebagai langkah pencegahan.

Pakar berkenaan juga adalah penulis buku berjudul 6 Weeks to Losing It for Good. Antara panduan yang diberikannya termasuk:

  • Kurangkan makan lemak haiwan. Pilih makanan berasaskan sayuran yang kaya dengan protein. Selain itu, pilih produk yang mengandungi lemak haiwan yang rendah seperti ayam tanpa kulit. Pengambilan susu tepung juga digalakkan.
  • Mencapai berat badan yang sihat dan berusaha mengekalkannya. Seseorang yang terlebih berat akan berasa selamat jika berjaya mengurangkan 10% daripada berat badan semasa.
  • Makan lebih produk berasaskan soya. Wanita Asia didapati memakan lebih banyak makanan berasaskan soya berbanding wanita Amerika dan mereka mempunyai risiko barah payudara yang lebih rendah. Antara yang boleh dicuba adalah susu kacang soya bersama bijirin dan mencampurkan tauhu dalam pasta. (tapi jaja bukan peminat pasta.. ehehe)
  • Makan sekurang-kurangnya 10 sajian buah-buahan dan sayuran setiap hari. Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang beraneka warna untuk merasai kelebihan manfaatnya. Sebagai cadangan, cuba buah oren semasa sarapan pagi, sebiji epal sebagai snek selingan semasa minum pagi, sayuran mentah (salad) atau ulam-ulaman semasa makan tengah hari, sayuran mentah sebagai snek minum petang, 2 jenis sayur semasa makan malam dan pisang sebelum jam 10 malam.
  • Elakkan minuman beralkohol. Wanita yang mengambil alkohol antara 3 hingga 9 kali setiap minggu lebih mudah terdedah sebanyak 30% kepada risiko mendapat kanser payudara berbanding mereka yg tidak mengambil minuman itu. Sesetengah kajian membuktikan bahawa dengan hanya segelas wain atau sebotol bir sehari boleh meningkatkan risiko penyakit itu sebanyak 10%. (fakta yg ni, boleh di skip tuk kita smue..)
  • Amalkan pengambilan antara 25 hingga 35 gram serat setiap hari. Tumbuhan kekacang mengandungi lebih serat daripada makanan lain termasuk nasi atau sup. Bijirin penuh juga merupakan sumber makan berserat yang baik. Setiap kali seseorang itu meningkatkan pengambilan serat, dia juga perlu minum air dengan secukupnya. Disarankan pengambilan air sekurang-kurangnya 64 auns setiap hari.
  • Minum teh dan kurangkan kopi. Teh hijau dan hitam mempunyai unsur perlindungan. (alamak, jaja tak suke green tea… huhuhuhu)
  • Pilih makanan yang kurang diproses. Digalakkan pengambilan buah-buahan segar dan beras perang serta elakkan makanan dalam kotak, sup buatan sendiri dan makanan sejuk beku.

(sumber: Harian Metro, 15/03/2010)

11 comments:

M!Er4N said...

salam..fakta yg menarik..nice artikel..

jajarina said...

mieran--> w'salam.. tq! hehe.. sharing is caring.. :)

~ نورحياتي ~ said...

wahh..saya paling suka point yg mengekalkan berat badan tuhh..hahaha..

ni la ni ke arah mengekalkan berat badan yg skg ni terlebih & ingin mengurangkn..hehe..

butterfly said...

gud ifo..thx..:)

saya_arief said...

maklumat yang berguna...

mie said...

wahh!!!
segmen kesihatan bersama puan jaja...
gud info...

Nabiel said...

thanks 4 e info!!
hehehe..
:)

eza_nazmi said...

Info yg menarik...thanks for share..

kodok hijau the ghost writer said...

fakta yg menarik.. payu teruna ada tak?

ismaizayu said...

suka baca infro cancer nih..sentiasa kumpul bahan..panduan/tip elak cancer..tq

Anonymous said...

maaf tanye. saya pernah dengar soya tak baik untuk org yg ada kanser. btol ke dak. sebab sy sdri pernah d nasihiti oleh sorg kawan yg keje as nutritious. tak pulak tanye doctor.

Related Posts with Thumbnails