Thursday, July 22, 2010

3 Punca Isteri bosan jaga anak dan bekerja

Actually jaja da terbace artikel ni dalam Majalah Mingguan Wanita, Bilangan 1380. Menarik artikel ni dan jaja rase cm tepanggil tuk kongsikan ngan u ols semua.. yela, especially buat mreka yg takde majalah ni kan.. hehe slain tu, artikel ni gak ditulis oleh Dr. Haji Juanda Hj. Jaya yg merupakan perunding undang-undang keluarga Islam. Kredit to him! :)

(picture, kredit to mr.google)

Keputusan utk melahirkan anak membawa implikasi yg besar dlm kehidupan suami isteri. Bukan hanya mereka mesti bersedia dari segi kewangan, beban emosi dan keletihan fizikal, suami dan isteri juga berhadapan dengan cabaran kehidupan moden, jenayah dan perlindungan keselamatan dan pendidikan ank-anak. Lebih utama lagi, bukan mudah untuk membesarkan seorang anak menjadi hamba Allah yang beriman.

Namun begitu, perjuangan  seorang isteri membesarkan ank-ank lebih terserlah kesabarannya berbanding suami. Di situlah hikmah perbezaan sifat antara lelaki dan wanita yang Allah S.W.T ciptakan. Isteri mesti sentiasa diberi pujian, dorongan dan sokongan suami supaya daya tahan emosi dan fizikallnya tetap hangat dan bersemangat. Kerana isteri juga manusia biasa yang pasti merasai kebosanan, putus asa dan tertekan dengan persekitarannya. Jika suami menambah beban isteri dengan perangainya yang bukan-bukan, jangan terperanjatlah bila ank-anak membesar dalam keadaan yang bukan-bukan juga.

Mengapa anda merasa bosan dengan rutin harian yang seolah-olah menjadi mimpi ngeri pada setiap hari? Hilang sudah rasa nikmatnya bekerja dan melayan kerenah anak-anak. Apa yang dirasai hanya letih, geram, bosan, keliru dengan keadaan diri yang sentiasa kelam kabut dikejar tanggungjawab. Mengapa perasaan ini wujud. Mungkin perkara berikut menjadi puncanya:-

1. Perancangan kerja tidak teratur

Jika anda kurang disiplin dan suka melengah-lengahkan kerja maka semua tanggungjawab itu menjadi berlonggok-longgok yg akhirnya menyebabkan anda keletihan, tertekan dan putus-asa. Prestasi kerja anda pun akan mengalami kemerosotan. Seorang ibu yang tidak bangun ketika ank-ank pergi ke sekolah, tidak akan tahu apa yg mreka makan, tidak ingat bila jam balik dari sekolah, tak ingat waktu belajar ank-ank, lupa menyiapkan kerja-kerja pejabat, lupa bila mesyuarat penting, tak sempat merancang kewangan  keluarga, tak larat melayan suami, tak tahu mengurus diri sendiri, dan lagi dahsyat tidak ada masa mengingati Allah. Dalam keadaan ini pasti dia akan mengalami gejala penyakit jiwa yang berbahaya. Semua itu bermula dari perancangan kerja yang tidak teratur.

2. Faktor Kesihatan Tubuh Badan

Kesihatan fizikal juga amat mempengaruhi kerjaya anda. Oleh itu pemakanan mesti diambil berat sebelum anda bersedia menjaga orang yang anda sayangi. Kelebihan berat badan juga amat mempengaruhi vitaliti fizikal seorang isteri.

Penyakit berpunca daripada cara pemakanan yg salah, oleh itu amalkanlah diet yg diajarkan Rasulullah S.A.W. Isikan perut dengan 3 bahagian, 1 untuk air, 1 untuk makanan, dan 1 untuk pernafasan. Semua makanan mengandungi khasiat untuk tubuh manusia.

Apa yang menjadi masalahnya ialah apabila makanan itu diambil tidak mengikut keperluan badan, akhirnya penyakit akan datang beriringan dengan tekanan perasaan yg dialaminya kerana beratnya tanggungjawab menjadi ibu dan pekerja.

3. Mengabaikan suntikan semangat dari Allah S.W.T

Dialah yg berkuasa melapangkan hati anda, meringankan bebanan anda, menunjuki jalan keluar dari setiap kesempitan hidup dan mencerahkan hati yang diganggu ujian. Allah S.W.T berfirman yg bermaksud: “(iaitu) Orang-orang yg beriman dan hati menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”                                     (Surah Al-Ra’d, Ayat 28)

Suntikan tenaga yang diperlukan

apakah suntikan semangat yang diperlukan seorang isteri untuk sentiasa bertenaga menghadapi ujian semasa?

Zikrullah

Jika anda marah, letih, putus asa, menangislah kerana Allah, sebut nama-Nya, mengadulah dengan suara yg sayu, getarkanlah hatimu demi memohon pertolonganNya. Zikrullah adalah kekuatan anda, suntikan yg ampuh untuk mengubat hati yang luka, letih dan gelisah. Zikrullah amalan yang paling mudah dan murah, tidak perlukan masa tertentu, tampat dan waktu yang membebankan. Amalan yang hanya menggunakan lidah dan perasaan. Tidak sedikit pun menganggu wang ringgit anda.

Dalam sebuah athar diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman pernah berkata: “wahai manusia demi Allah, sesungguhnya satu ucapan tasbih adalah lebih baik daripada apa yang dimiliki Sulaiman dan keluarganya. Kerana apa yang akan dimiliki Sulaiman akan lenyap sementara tasbih akan tetap kekal.”

Merindukan  malam

Pada saat manusia melelapkan mata, hanya anda yang masih menunggu saat berjumpa Allah. Saat-saat yang paling indah untuk mengetuk pintu rahmat-Nya, untuk mengakui betapa letihnya anda kerana dunia, anak-anak, suami, kerjaya dan amanah keluarga.

Antara amalan orang-orang soleh yang memiliki kecekalan hati, kekuatan iman dan kemenangan menaklukkan duniaialah memanjangkan doa-doa pada sepertiga malam. Perhatikanlah doa seorang hamba Allah, Malik bin Dinar: “Pada malam ini, Rabbku, Engkaulah satu-satunya Yang Mengetahui siapakah penghuni syurga dan penghuni neraka. Ya Rabbi, aku tidak tahu di manakah aku, apakah di syurga atau di neraka.”

Sulaiman Al-Darani pernah mengamalkan doanya: “Rabbi jika pada hari Kiamat nanti Engkau bertanya tentang dosa-dosaku aku akan bertanya akan rahmat-Mu. Kalaulah Engkau bertanya tentang aibku, aku akan bertanya tentang ampunan-Mu, Kalaulah Engkau bertanya tentang kelalaianku, aku akan bertanya pintu maaf-Mu. Dan jika Engkau  melemparkan aku ke dalam api neraka sekalipun aku akan memberitahu penghuni-penghuninya bahawa aku mencintai-Mu Ya Allah.”

Anda bosan? Amalkanlah petua tadi dan mulalah merancang untuk bersemangat dari sekarang. Allah bersama hamba-Nya yang bersabar.

5 comments:

laGenDA KodOk HijAU said...

tapi isteri dan ibulah paling banyak pahala yang Allah berikan ..

Hariz said...

Hidup Untuk Syurga
Bersyukur Dan Bersabarlah :)


New Entry Prof-Hariz
Ahhh!! Seksanya Gadis Banyak Air

baincardin said...

Salam.

Cahaya-Bagaimanakah rupa kebesarannya? Jom kita menghayatinya bersama! ^_^

baincardin said...

Salam.

Cahaya-Bagaimanakah rupa kebesarannya? Jom kita menghayatinya bersama! ^_^

Maey said...

hehehe...sy suka la post ni...btl tugas sorg isteri n ibu bknnya mudah...suami kena la pandai2 tolong isteri, senangkan hatinyeee.........

Related Posts with Thumbnails