Tuesday, July 27, 2010

shortbread

002

shortbread in de house.. haha.. ni atas permintaan sifu..

al-maklumla, aritukan jaja da story yang jaja pegi class tu kan.. so, weekend yg baru-baru ni, disebabkan tak kemana coz hubby da pertandingan memancing, jaja lak kat umah pun toraila aplikasikan ilmu wat shortbread tu.. menda2 camni, memang favourite Aiman ngn Incik Ipen..

“kak sha (sifu), shortbread ni menjadi cm ape yang akak ajar tu, cume, corak die je yg tak brape cantik..  kene practise lelebih ni.. ngee~ =D”

papepun, da lg satu, aritu burfday jaja junior, jaja order kat sifu.. meh sini tengok, cantik kan?? rase die pun best.. gambo kek tu x sempat pun nak amik ngan burfday girl sebab aiman dah makan dlu krim die pakai jari..

P1000366 

crite selanjutnye pasal kek  ni, later k..  ^_^

Saturday, July 24, 2010

realiti bukan fantasi

P1000353

ini REAL..

skali tengok sebiji cam hantu..

2 kali tengok, teringat dulu video yang femes kat youtube tu, pasal anak derhaka jadi gini.. (betul ke tak video tu, Wallahualam..)

3 kali tengok, ni sebenarnye ikan la.. ikan ape jaja tak pasti coz mase ni jaja main tekan je punat camera.. ade je kat Aquaria, KLCC.. agak-agak kalo tak percaye, g sane tengok sendiri ye…  =D

Friday, July 23, 2010

durian OH durian

013

tengok gambo kat atas tu, terliur tak?? ekekeke =P

tu durian balik pulau, best gile.. harge die pun, masyuk~ sebiji durian boleh cecah rm30-rm60.. tapi rase die, memang KAW-KAW.. jd, bli sebiji mmg dah cukopla.. hahaha..

sekarang ni, area balik pulau tu cm dh xd musim sangat.. ade durian tapi yang dah lame jatuh.. agak-agak tempat korang ade tak lagi sekarang ni?? yang jaja tawu, kalo area johor, durian yg best area segamat sane..

teringin nye.. kalo perak, area bukit gantang kan?? jom belasah durian sampai lebam sebelum bulan pose yg bakal menjelma ni.. ngee~ =D

Thursday, July 22, 2010

3 Punca Isteri bosan jaga anak dan bekerja

Actually jaja da terbace artikel ni dalam Majalah Mingguan Wanita, Bilangan 1380. Menarik artikel ni dan jaja rase cm tepanggil tuk kongsikan ngan u ols semua.. yela, especially buat mreka yg takde majalah ni kan.. hehe slain tu, artikel ni gak ditulis oleh Dr. Haji Juanda Hj. Jaya yg merupakan perunding undang-undang keluarga Islam. Kredit to him! :)

(picture, kredit to mr.google)

Keputusan utk melahirkan anak membawa implikasi yg besar dlm kehidupan suami isteri. Bukan hanya mereka mesti bersedia dari segi kewangan, beban emosi dan keletihan fizikal, suami dan isteri juga berhadapan dengan cabaran kehidupan moden, jenayah dan perlindungan keselamatan dan pendidikan ank-anak. Lebih utama lagi, bukan mudah untuk membesarkan seorang anak menjadi hamba Allah yang beriman.

Namun begitu, perjuangan  seorang isteri membesarkan ank-ank lebih terserlah kesabarannya berbanding suami. Di situlah hikmah perbezaan sifat antara lelaki dan wanita yang Allah S.W.T ciptakan. Isteri mesti sentiasa diberi pujian, dorongan dan sokongan suami supaya daya tahan emosi dan fizikallnya tetap hangat dan bersemangat. Kerana isteri juga manusia biasa yang pasti merasai kebosanan, putus asa dan tertekan dengan persekitarannya. Jika suami menambah beban isteri dengan perangainya yang bukan-bukan, jangan terperanjatlah bila ank-anak membesar dalam keadaan yang bukan-bukan juga.

Mengapa anda merasa bosan dengan rutin harian yang seolah-olah menjadi mimpi ngeri pada setiap hari? Hilang sudah rasa nikmatnya bekerja dan melayan kerenah anak-anak. Apa yang dirasai hanya letih, geram, bosan, keliru dengan keadaan diri yang sentiasa kelam kabut dikejar tanggungjawab. Mengapa perasaan ini wujud. Mungkin perkara berikut menjadi puncanya:-

1. Perancangan kerja tidak teratur

Jika anda kurang disiplin dan suka melengah-lengahkan kerja maka semua tanggungjawab itu menjadi berlonggok-longgok yg akhirnya menyebabkan anda keletihan, tertekan dan putus-asa. Prestasi kerja anda pun akan mengalami kemerosotan. Seorang ibu yang tidak bangun ketika ank-ank pergi ke sekolah, tidak akan tahu apa yg mreka makan, tidak ingat bila jam balik dari sekolah, tak ingat waktu belajar ank-ank, lupa menyiapkan kerja-kerja pejabat, lupa bila mesyuarat penting, tak sempat merancang kewangan  keluarga, tak larat melayan suami, tak tahu mengurus diri sendiri, dan lagi dahsyat tidak ada masa mengingati Allah. Dalam keadaan ini pasti dia akan mengalami gejala penyakit jiwa yang berbahaya. Semua itu bermula dari perancangan kerja yang tidak teratur.

2. Faktor Kesihatan Tubuh Badan

Kesihatan fizikal juga amat mempengaruhi kerjaya anda. Oleh itu pemakanan mesti diambil berat sebelum anda bersedia menjaga orang yang anda sayangi. Kelebihan berat badan juga amat mempengaruhi vitaliti fizikal seorang isteri.

Penyakit berpunca daripada cara pemakanan yg salah, oleh itu amalkanlah diet yg diajarkan Rasulullah S.A.W. Isikan perut dengan 3 bahagian, 1 untuk air, 1 untuk makanan, dan 1 untuk pernafasan. Semua makanan mengandungi khasiat untuk tubuh manusia.

Apa yang menjadi masalahnya ialah apabila makanan itu diambil tidak mengikut keperluan badan, akhirnya penyakit akan datang beriringan dengan tekanan perasaan yg dialaminya kerana beratnya tanggungjawab menjadi ibu dan pekerja.

3. Mengabaikan suntikan semangat dari Allah S.W.T

Dialah yg berkuasa melapangkan hati anda, meringankan bebanan anda, menunjuki jalan keluar dari setiap kesempitan hidup dan mencerahkan hati yang diganggu ujian. Allah S.W.T berfirman yg bermaksud: “(iaitu) Orang-orang yg beriman dan hati menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”                                     (Surah Al-Ra’d, Ayat 28)

Suntikan tenaga yang diperlukan

apakah suntikan semangat yang diperlukan seorang isteri untuk sentiasa bertenaga menghadapi ujian semasa?

Zikrullah

Jika anda marah, letih, putus asa, menangislah kerana Allah, sebut nama-Nya, mengadulah dengan suara yg sayu, getarkanlah hatimu demi memohon pertolonganNya. Zikrullah adalah kekuatan anda, suntikan yg ampuh untuk mengubat hati yang luka, letih dan gelisah. Zikrullah amalan yang paling mudah dan murah, tidak perlukan masa tertentu, tampat dan waktu yang membebankan. Amalan yang hanya menggunakan lidah dan perasaan. Tidak sedikit pun menganggu wang ringgit anda.

Dalam sebuah athar diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman pernah berkata: “wahai manusia demi Allah, sesungguhnya satu ucapan tasbih adalah lebih baik daripada apa yang dimiliki Sulaiman dan keluarganya. Kerana apa yang akan dimiliki Sulaiman akan lenyap sementara tasbih akan tetap kekal.”

Merindukan  malam

Pada saat manusia melelapkan mata, hanya anda yang masih menunggu saat berjumpa Allah. Saat-saat yang paling indah untuk mengetuk pintu rahmat-Nya, untuk mengakui betapa letihnya anda kerana dunia, anak-anak, suami, kerjaya dan amanah keluarga.

Antara amalan orang-orang soleh yang memiliki kecekalan hati, kekuatan iman dan kemenangan menaklukkan duniaialah memanjangkan doa-doa pada sepertiga malam. Perhatikanlah doa seorang hamba Allah, Malik bin Dinar: “Pada malam ini, Rabbku, Engkaulah satu-satunya Yang Mengetahui siapakah penghuni syurga dan penghuni neraka. Ya Rabbi, aku tidak tahu di manakah aku, apakah di syurga atau di neraka.”

Sulaiman Al-Darani pernah mengamalkan doanya: “Rabbi jika pada hari Kiamat nanti Engkau bertanya tentang dosa-dosaku aku akan bertanya akan rahmat-Mu. Kalaulah Engkau bertanya tentang aibku, aku akan bertanya tentang ampunan-Mu, Kalaulah Engkau bertanya tentang kelalaianku, aku akan bertanya pintu maaf-Mu. Dan jika Engkau  melemparkan aku ke dalam api neraka sekalipun aku akan memberitahu penghuni-penghuninya bahawa aku mencintai-Mu Ya Allah.”

Anda bosan? Amalkanlah petua tadi dan mulalah merancang untuk bersemangat dari sekarang. Allah bersama hamba-Nya yang bersabar.

Tuesday, July 20, 2010

Baking Class

last wiken, jaja g kelas mendeko kek and wat shortbread… al-maklumla, slame ni tawu makan jek shortbread tu.. so, dari asik membeli, ape kate, blaja sendri cmne nak wat.. kan?? pastu nak makan sampai lebam pun takpe sebab dah bole wat sendiri.. tak gitu?? hahaha..

ape yg penting, kelas tu memang best.. tanx sangat-sangat pade kak sha coz sudi mengajar saye yg kalo wat kije mmg slow ckt.. hahaha..

pade u ols yang teringin nak g kelas tu, and visit blog Kak Sha, meh klik SINI (if x bole, kat left side blog jaja ni ade jaja link kan blog Kak Shada ni.. klik situ pun bole okay)

okay, silela view pic ni.. pic ni, akn tolong critekan.. hehehe.. and pasni, jaja dah leh bukak bakery sendri kot.. aHaks~ berangan jela jaja ni.. ape yg penting, berangan tu kan free.. so, dri berangan la boleh jadi kenyataan.. tak gitu??? ekekeke  =P 

P1000400 P1000404 P1000407 P1000408 P1000410  P1000413P1000412 

to Kak Sha, dulu saye amatur dlm deko kek ni… sekarang jd ape kak?? jd Tutor bole? hihihi =D    btw, tanx kak..

Wednesday, July 14, 2010

gangguan semut

tajuk klise gile kan.. hahaha.. sebenarnye, macam ni.. 2, 3 menjak ni, semenjak balik dari JB 3 minggu lepas, umah jaja ni tetibe byk semut.. semut halus tu.. yg kecik-kecik warne merah tu.. jadi, malam tadi terpikirla nak cari petua menghalau semut thru tenet ni..

yela, sebab mule2 tu, cam nak spray semut pkai ridsect tapi x suka bau spray tu, busuk! pastu, ingat nak try letak ubat semut lak kan, tapi tu pun tak jadi letak sebab rasenye kalo letak ubat semut tu, bahaya untuk mira yg sekarang ni memang suke mengutip ape saje yg die nampak kat lantai.. hoh~ tak nak tanggung risiko, jadi, baik x yah letak langsung ubat semut tu. make, alternatif lain, adelah dengan menggunakan kaedah tradisional atau sgale petua-petua yang ade.. petua halau semut jaja tak penah tawu.. korang tawu ke?? meh kongsi sini…

korang mesti pelik kan, nape jaja beriya-iya sangat nak halau semut tu… SEBABNYA, jaja dah start rase rimas.. ape taknye, sampaikan air masak yang dalam jug tu pun semut masuk walaupun hanya 2,3 ekor. tu blum crite kat lappy ni.. kadang-kadang ade je 1,2 ekor semut keluar dari keyboard.. mak eyh.. “ade makanan ke dalam lappy aku ni semut?? air masak tu, manis ke semut??” hahaha.. :P

oleh sebab itu, mase ngah sibuk googling, terjumpala 1 blog yang da bagi petua halau semut.. ok gak petua die.. meh jaja kongsi kat sni..

Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda:
1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.
4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.
5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.
6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

sumber: Blog 101 Petua

 

berkesan or tak berkesan, jaja tak pastila lagi.. ni baru nak torai.. tuk sesape yg da mslh yg same, mohla kite torai petua ni okay.. =)

Tuesday, July 6, 2010

pencuri ke mat gian??

lamenye tak update blog.. huhu.. sekarang ni, rasenye mase cam terhad sangat.. kalo di ikutkan hati, memang macam-macam nak story ngan korang tapi slalu je cam tak sempat..

papepun, tadi jaja dpt call dari my sis.. btau pasal umah parents jaja yg kat JB tu, dimasuki pencuri.. hoh~ seriously, terkejut badak and paling mengejutkan, bilik jaja yg kt umah mak tu, habis digeledah.. kalo diikutkan cerita dari my sister, almari baju, almari solek, laci-laci smue yg kat dalam bilik tu, habis berterabur.. and wat mase ni, jaja tak ingat la ape barang berharga yang jaja da tinggalkan kat dalam bilik tu.. hopefully, takde pape kot.. ni pun still ngah refresh balik, kot ade tetinggal anything yg berharge kan.. huhu

pastu tadi, after tepon my mom, rase lega ckt.. yela, alhamdulillah smue ahli kuarge selamat and takde pape coz kejadian ni berlaku mase my parents takde kat umah.. herm, ape yg penting, jaja cam pelik la.. pelik sebab juz bilik jaja jek yg digeledah.. bilik lain, smuenye tak.. huhu.. tu kije org yg FANATIK  ngan jaja ke?? (haha.. prasan je la kan.. bajet cm femes la sangat.. bluek~ ;P)  tapi, target jaja yang wat tu, mungkin mat gian kot yg hanye mencari cash money, sbb alhamdulillah brg2 lain yg berharge msh ade.. cth: DVD player, digital camera dsbgnye.. TAPI lagi, kesian kat mak jaja coz beg kije die hilang + dalam tu, ade dokumen2 penting+kunci ofis smue..herm, xpela mak.. kite REDHA je la ye.. mungkin dah xd rezki dan orang yang wat tu, pasti akan mendapat balasannye kelak..

huhu.. ape yg pnting, pengajaran tuk jaja dan kite smue, pasni, diharapkan smue lebih behati2 k.. kunci umah betol2… kalo bole dighaibkan umah tu dari mate orang2 yg berniat jahat, lagi baguskan?? hahaha.. kalo camtu, kena menuntut ilmu kot.. pe yg penting, tawakal jela kan kalo dh kuar umah tu.. and kalo menda dh nak jadi, redha je la kan.. tapi jgn lupe, police report STILL kne wat gak.. hehe.. okay, renung-renungkan dan selamat beramal.. ngee~ :D

Friday, July 2, 2010

Tag dari Diela

memule skali, tanx to Diela la kan.. hehe.. tanx la sbb ko ingt kat aku yg jaoh di peratauan ni.. eshewah~

wat kengkwn yg nak jengah blog Diela.. moh sni.. KLIK SINI

by de way, Diela ade join Contest Mata Menawan.. nmpk mnarik gak.. hadiah die pun agk mnarik la u ols.. so, ape lg.. sila la join ye..

jaja xleh join sbb jaja x pkai contact lens.. hehe

Related Posts with Thumbnails