mintak mahap ler pd kengkawang yg menunggu pasal kesinambungan entry ni.. al-maklum jela, banyak noo aral melintang arus.. huhu..
okay, klik sini tuk review yg part 1.. SINI
sebenarnye, banyak faktor yg boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:
1) Kurang Air
Jika tak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
2) Sejarah keluarga atau sendiri
Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Mereka yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
3) Umur
Kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
4) Jantina
LELAKI lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
5) Penyakit tertentu
Penyakit yang diwarisi seperti 'sistinuria' (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah 'hiperurisemia' (kepekatan asid urik yg tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.
6) Kesan sampingan ubat
Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
7) Pemakanan
Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram), dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ni.
8) Kurang bergerak
Individu yg kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.
Sebenarnye, masalah baty karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ni, dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin spt yg dinyatakan kat atas.
Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Setiap orang disarankan menjalankan ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal. Ini kerana melalui 3 ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.
GEJALA
Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun, bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara 5 hingga 15 minit. Apabila batu karang ni berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
--> air kencing berdarah
--> air kencing keruh dan berbau busuk
--> mual dan muntah
--> sentiasa terasa hendak kencing
--> demam dan menggigil (jika ada jangkitan)
*SUMBER: Mingguan Wanita, Bil. 1377, April 2010
sekian.. harap2 smue info ni bergune tuk u ols.. ^^,
Friday, May 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
heehehe.. thanks beb.. adik ku menghadapi masalah neh.. punca2 seme ade dalam list yg kamu bg.. thanks ya
btol2...ayh yana pon btu karang..stat dri arwah atok..so adek badek ayh yg laki sume btu karang..keturunan..
tktnyer yana..kene byk num air msk n krgkn mknn laut kn..huhuhu
Post a Comment