Friday, April 16, 2010

Penyakit Batu Karang kerap serang LELAKI (part 1)

hui, seram bace tajuk ni.. coz teringat dulu mse ayah jaja kene.. pulak tu ayah jaja kene kat hempedu lak.. menakutkan okay.. jadi, info ni sgt2la beguna tuk kita smue and crite batu karang kat bawah ni, batu karang yang kat buah pinggang..

image

Ramai yg memandang remeh kepentingan menjaga buah pinggang walaupun menyedari fungsinya yang begitu besar kepada tubuh manusia. Pada buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis. Daripada bhagian ini, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter kemudian disimpan sehingga ia dibuang daripada badan.

Antara penyakit berkaitan buah pinggang ialah batu karang dan kaum lelaki antara yang kerap mengalami masalah ini. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yg bertugas membantu mencegah pembetukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Batu karang biasanye terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat. Ini menyebabkan mineral air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang  yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

 

 

******** ************to be continued************************

1 comment:

Jard The Great said...

laaa.. main sambung2 plak.. cpt sambung ek.Adik lelaki aku yg berumur 20 tahun menghadapi masalah neh. Good info!

Related Posts with Thumbnails