Friday, April 2, 2010

Contohi Rasulullah jaga kesihatan

Bersempena dengan hari Jumaat penghulu segala hari ni, jaja pun nak publish entry yg kite semua boleh ikuti.. :)

*oho, btw juz nk inform mulai minggu dpn sampai ujong bulan april, smue entry jaja autopublish yek.. means, jaja x on9 and x dapekla nk BW.. sebab jaja da exam.. huhu wish me luck!! and tuk adk2 termasuk adk jaja yg kt Segamat, yg ngah final exam skrg ni, gd luck yek.. ^^,

image

Mencontohi Nabi bukan secara serpihan tapi dalam segala aspek kehidupan kita. Antara cara hidup Nabi yg kita hendak lihat kali ni adalah cara hidup Nabi yg sihat. Baginda bersabda yg mksdnya, “Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu”. Tapi itu bukan bererti baginda tidak mengetahui masalah duniawi. Tidak bererti juga Nabi bebas daripada penyakit. Namun Nabi hanya pernah sakit boleh dibilang dengan jari. Yang lainnya, Nabi sentiasa dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang teramat berat dan mencabar.

Berbeza dengan manusia sekarang, penuh dengan penyakit dan penderitaan. Walaupun badan sihat tetapi hati mereka sangat berpenyakit. Berikut adalah beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan:

1) Selalu bangun sebelum Subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu, solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2) Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah s.a.w sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari jumat adalah sangat dituntut bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman”. (Hadis Riwayat Muslim)

3) Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah s.a.w: “Kami adalah 1 kaum yg tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan),” (Muttafaq Alaih).

Dlm badan manusia ada 3 ruang untuk 3 benda: 1/3 utk udara, 1/3 utk air, 1/3 lainnya utk makanan. Bahkan ada 1 pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dgn berpuasa pada bulan Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4) Gemar berjalan kaki

Rasulullah s.a.w berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Dgn berjalan kaki, peluh akan mengalir, roma terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting utk mencegah penyakit jantung.

Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5) Tidak Pemarah

Nasihat Rasulullah s.a.w: “Jangan marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat dan kekuatan Muslim bukanlah terletak paa jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz (a’uzubillahi minasy-syaithonir rajim) kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

6) Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah S.W.T.

7) Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlahhatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah”.

8) Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu akan melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan sihat. Bahagia sebenarnya bukan dengan mendapat tetapi dengan memberi.

Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat baginda. Ini hanyala sebahagian jek.. Sekian dulu entry untuk ari jumat.. “renung-renungkan, dan selamat beramal” ^_^

1 comment:

Aleen Aiden said...

thanx 4 d in4..kamii slalu marah2,yakni xsabar.hu3

Related Posts with Thumbnails