Thursday, April 15, 2010

Mencegah Mangsa Dera (kanak2)

ohoy, entry ni terlambat lak tuk dipublish.. sepatutnye, semalam dh kne publish.. tp ats sbb musabab yg lain, jd tertundala ia.. ehehe.. okay, ekceli jaja nak kongsi ngan korang pasal flyers yang jaja dapat aritu mse g Tesco.. coz info2 die sangatlah bergune.. dengan keadaan skrg ni, mcm2 dera la yg jaja dengor.. uish! sunggoh mengerikan… CHOY~ mintak simpangla ye.. huhu

imagetanx incik Google for de picture 

Siapa yg mudah terdedah kepada penderaan seks??

Semua kanak-kanak tanpa sekatan umur atau ras berpotensi menjadi mangsa penganiayaan seks. Ia boleh terjadi di kalangan keluarga miskin, kelas menengah atau kaya. Penderaan seks boleh berlaku dimana saje dan pada bila-bila masa, baik pada kanak-kanak normal mahupun yang kurang berupaya. Mengikut Akta Kanak-kanak 2001, “kanak-kanak” merupakan seseorang yg berusia dibawah 18 tahun. (maksudnya, adik2 yang kat luar tu, mne2 yang masih bersekolah menengah, means korang masih kanak2 la yek..hehehe)

Siapa yang mendera kanak-kanak?

Lelaki atau perempuan, tak kira tua atau muda dan kadangkala merupakan orang yang dikenali. Biasanya orang itu adalah orang yang dikenali, yang boleh dipercayai atau mempunyai hubungan yang rapat dengan mangsa.

Bagaimana untuk mengetahui yang kanak-kanak tu mengalami penderaan seks??

  1. Enggan ke sekolah atau prestasi pelajaran semakin menurun.
  2. Tingkahlaku yang agresif atau cemas. Cthnya melarikan diri.
  3. Gangguan diwaktu tidur seperti mengigau/meracau, takut pada kegelapan, takut pada orang atau tempat yang tertentu.
  4. Memakai banyak lapisan pakaian. (okay, yang ni jaja tak brape paham ape maksudnye..)
  5. Kecenderungan untuk membunuh diri.
  6. Rendah harga diri (statement ni, kalo ikut pemahaman jaja macam kurang keyakinan diri kot)
  7. Murung
  8. Gangguan pemakanan
  9. Penagihan dadah atau mencederakan diri sendiri
  10. Kencing malam atau menghisap ibu jari terutama kanak-kanak yang lebih tua.
  11. Gejala fizikal seperti penyakit kelamin atau mengandung, menarik diri dari aktiviti sosial yang biasa mereka sertai.

*Sumber: Persatuan Mencegah Mangsa Pulau Pinang

jadi, kita ni sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, agak2 kalo da dengar pasal violence2 ni, pegila tepon Talian Nur tu.. brape ntah no die, jaja pun tak hengat.. hehehe.. korang ingat tak?? bak meh btau jaja, so jaja leh letak kat sni.. ngee~ :D

2 comments:

darkbatman said...

skg ne dera n buang bayi semakin terukk..xtau pe nk jd..

jajarina said...

kan?? tawu xpe.. huhuhu

Related Posts with Thumbnails