Monday, April 19, 2010
lappy jaja rosak... uwaaaa :'(
sekarang ni pun, jaja lari jap g CC smentara Incik Ipen tolong jagekan hero heroin tu.. huhu...
ape yg penting, bile jaja akan aktif smule utk berblogging tak tawula sbb kes kerosakan lappy tu mmg thp darurat shingga kan kne ganti baru.. means beli baru.. mesti korang tanye kan, ape yg rosak..
sebnarnye, menda ni berlaku semalam mase jaja nak update blog pasal entry batu karang tu, tapi lappy tu lepas je jaja start cam biase, die cam tak kuar pape kat skrin.. hitam jek.. gelabah la sekejap.. pastu try tanye my bro in law coz die mmg expertise dlm bidang2 komputer ni.. tanye2 die, ckp2 smue and die ckp, "i suspect ur lappy mainbox die rosak.." ha?? ape tu?? tnye2 lagi, and katenye, main box rosak, means bli baru.. tp die kate, nanti die leh try cek2 lappy tu if and only if takut RAM die tak dpt detect .... (ape ntah nme menda tu.. x hengat)... herm... PASRAH jela ni.. nak tunggu my abg ipar tu check, lambat lagi la gamaknye, coz dorang kat JB.. huhuhu
ape yg penting, jaja windu nak blogwalking.. dahla jaja dah plan baik2 sumthing yg best pas exam ni (27hb April) tapi nampak gayanya, tak dapekla den.. huhuhu
pastu entry yg pasal batu karang Part 2, insyaAllah ade mse nanti jaja update.. sori sgt2 to Jard.. :(
gonna mish u ol!!!!!!
Sunday, April 18, 2010
Al-Fatihah kpd Arwah Achik Spin
Pagi ni, lagi satu berita kematian yang mengejutkan kita semua.. Achik Spin atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md. Shari yang slalu digandingkan ngan Nana (Siti Nordiana), and lagu die yg femes, ‘Janji Kita dan Paling Comel’ telah pergi meninggal kita semua wat selamanya..
Allahyarham dikatakan kemalangan di Lebuhraya Lekas dan cedera parah di kepala serta beberapa bahagian anggota badan lain selepas MPV Toyota Estima dipandunya terbabas lalu melanggar tiang papan tanda susur keluar Pajam. Salam takziah wat keluarge allahyarham dan marilah sama-sama kite sedekahkan Al-FATIHAH wat allahyarham. semoga rohnya dicucuri Rahmat.. AMIN~
Klik sini untuk bace info selanjutnya, Utusan Online
Friday, April 16, 2010
Penyakit Batu Karang kerap serang LELAKI (part 1)
hui, seram bace tajuk ni.. coz teringat dulu mse ayah jaja kene.. pulak tu ayah jaja kene kat hempedu lak.. menakutkan okay.. jadi, info ni sgt2la beguna tuk kita smue and crite batu karang kat bawah ni, batu karang yang kat buah pinggang..
Ramai yg memandang remeh kepentingan menjaga buah pinggang walaupun menyedari fungsinya yang begitu besar kepada tubuh manusia. Pada buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis. Daripada bhagian ini, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter kemudian disimpan sehingga ia dibuang daripada badan.
Antara penyakit berkaitan buah pinggang ialah batu karang dan kaum lelaki antara yang kerap mengalami masalah ini. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yg bertugas membantu mencegah pembetukan kristal seperti sitrat dan magnesium.
Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.
Batu karang biasanye terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat. Ini menyebabkan mineral air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.
Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.
******** ************to be continued************************
tweet tweet..
ahaaha.. tetibe ade burung sesat.. :D
sebnarnye jaja nak habaq mai kat hampa smua.. yg jaja pun ade twitter.. lame dh sebnarnye kewujudan twitter jaja ni, cume jaja jek yg tak crite.. hehe..
jadi korang, mne2 yg ade twitter tu, silala ye follow.. ngee~ =D
korang cari jajarina.. konpem jumpe.. hehe.. or kalo agak2 malas nak cari, nah, click je link ni ye.. SINI
Thursday, April 15, 2010
Mencegah Mangsa Dera (kanak2)
ohoy, entry ni terlambat lak tuk dipublish.. sepatutnye, semalam dh kne publish.. tp ats sbb musabab yg lain, jd tertundala ia.. ehehe.. okay, ekceli jaja nak kongsi ngan korang pasal flyers yang jaja dapat aritu mse g Tesco.. coz info2 die sangatlah bergune.. dengan keadaan skrg ni, mcm2 dera la yg jaja dengor.. uish! sunggoh mengerikan… CHOY~ mintak simpangla ye.. huhu
tanx incik Google for de picture
Siapa yg mudah terdedah kepada penderaan seks??
Semua kanak-kanak tanpa sekatan umur atau ras berpotensi menjadi mangsa penganiayaan seks. Ia boleh terjadi di kalangan keluarga miskin, kelas menengah atau kaya. Penderaan seks boleh berlaku dimana saje dan pada bila-bila masa, baik pada kanak-kanak normal mahupun yang kurang berupaya. Mengikut Akta Kanak-kanak 2001, “kanak-kanak” merupakan seseorang yg berusia dibawah 18 tahun. (maksudnya, adik2 yang kat luar tu, mne2 yang masih bersekolah menengah, means korang masih kanak2 la yek..hehehe)
Siapa yang mendera kanak-kanak?
Lelaki atau perempuan, tak kira tua atau muda dan kadangkala merupakan orang yang dikenali. Biasanya orang itu adalah orang yang dikenali, yang boleh dipercayai atau mempunyai hubungan yang rapat dengan mangsa.
Bagaimana untuk mengetahui yang kanak-kanak tu mengalami penderaan seks??
- Enggan ke sekolah atau prestasi pelajaran semakin menurun.
- Tingkahlaku yang agresif atau cemas. Cthnya melarikan diri.
- Gangguan diwaktu tidur seperti mengigau/meracau, takut pada kegelapan, takut pada orang atau tempat yang tertentu.
- Memakai banyak lapisan pakaian. (okay, yang ni jaja tak brape paham ape maksudnye..)
- Kecenderungan untuk membunuh diri.
- Rendah harga diri (statement ni, kalo ikut pemahaman jaja macam kurang keyakinan diri kot)
- Murung
- Gangguan pemakanan
- Penagihan dadah atau mencederakan diri sendiri
- Kencing malam atau menghisap ibu jari terutama kanak-kanak yang lebih tua.
- Gejala fizikal seperti penyakit kelamin atau mengandung, menarik diri dari aktiviti sosial yang biasa mereka sertai.
*Sumber: Persatuan Mencegah Mangsa Pulau Pinang
jadi, kita ni sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, agak2 kalo da dengar pasal violence2 ni, pegila tepon Talian Nur tu.. brape ntah no die, jaja pun tak hengat.. hehehe.. korang ingat tak?? bak meh btau jaja, so jaja leh letak kat sni.. ngee~ :D
Wednesday, April 14, 2010
Followerku, attention pls..
entry ni khas wat follower jaja.. hehe.. tak kirala kalo anda tu dh lame jd follower jaja ataupun bru je 5 minit jadi follower jaja.. haha.. jaja tak kisah~ asalkan korang follow blog yang kerdil ni.. hakhakhak
okay, macam ni.. memandangkan, dh maken ramai follower jaja, jadi, sebagai tanda penghargaan jaja wat korang smue, jaja nak bagi ni..
and pelis.. pelis btau jaja if jaja lom follow ur blog or tak penah singgah lg ur blog.. tinggalkan jejak korang kat ruang comment kat bwh ni ye.. oho, bg sesape yg da add jaja kat FB.. pls mention yg u ols tu my follower.. hehehe..
tanx korang!!! tanpe kalian, sapela jaja.. eshewah~ hehehe =P
♥ ♥ ♥ u guys.. ^^,
3 hari tanpe hubby
huhuhu.. okay! i admit, 3 hari ni for sure jaja windu thp cipan ngan incik ipen.. uwaaa~ sob sob… :’(
beberapa hari seblom ni, mak jaja da kat sni coz da kursus.. and harini pun mak jaja dh nk blk JB.. ala~ mak, nak itot bole tak?? plss…
herm, 3 hari ni jaja kne kuatkan lagi semangat yg ade.. al-maklum jela, tinggal 3 beranak je kat negri orang.. kalo la skrg ni dekat ngan umah mak ayah or umah mentua, for sure jaja dh balik umah dorang tp apekan daye.. jaja jaoh d perantauan… huhuhu
ape yang penting, konpem la jaja akan bersilat, bertaekwando, bekarate, bergymrama dan segala bagaila dengan hero heroin jaja ni.. muahahaha
so, hero heroinku, pls.. jgn wat mama kamu sampai migrain yek… ngee~ =D and to incik Ipen yg beroutstation, “gonna mish u dear!!” and oso to my mak.. “gonna mish u too mak!!”
I ♥ YOU MAK… I ♥ YOU TOO BANG!!!!
Tuesday, April 13, 2010
Buffered la.. I LIKE!!!
seriously, setelah cube nk kental kan hati supaya tak on9 sampai end of april ni, tak bejaya nghupernye.. hohoho aje giler!!
yela, sambil *dy, musti bukak lappy dengor lagu.. check2 FB, twitter, dan smue bagaila.. slalu jeling2 jek blog ni ha.. traffic pun, al-maklum jela.. jatoh merundum.. pastu, tadi sesaje nengok nuffy.. mak oyy!! TERKEZUT BEROKS.. traffic down dah tp da buffered!! YEAYYYYYYY!!!!!!! tanx incik nuffy coz dgn serta merta hormon adrenalin jaja tuk update blog mencapai tahap infinity.. hahahaha.. pape je yg aku merepek ni.. hahahaha
tapi jaja still pelik bin ajaib coz time traffic jaja memuncak setinggi gunung everest, tak penah lak buffered ni nak interprem.. tp bile dh jatuh merundum dalam gaung, tetibe ada lak die muncul.. hehehe wateva la.. yg penting, syukur alhamdulillah..
ha, dah alang2 tu.. jaja pun mmg nak mempromote DG.. hakhak
RM1 UTK 100 SMS… banyak giler sms, pahtu murah lak tu.. KORANG NAK TAWU LEBIH LANJUT, KLIK KAT ATAS TU K..
ape yg penting, pd pendapat jaja yg dh lebih 2 taon pkai DG ni.. so far, so good la.. coz murah pun murah.. pastu, kengkdang dpt bonus lg.. sepanjang sejarah Jaja pkai DG ni, jaja penah dapat bonus RM45.. giler banyak kan?? tak percaya, korang try sendri and tnye penggune DG lain.. hehehe.. ape yg penting, tepuk dada tnye slera okay..
*sy windu nak BW…. huhuhu.. mne yg jaja lom sempat wat kunjungan balas tu, mintak mahap ler… akan ku kunjungi blog anda pas exam ni ye.. T_T
Saturday, April 10, 2010
Get INTERNSHIP & WIN Cash Prize!!!!!
hey guys!! meh sni.. dis is a good opportunity for u okay.. Get an internships at four high-profile companies and win for RM10,000 cash prize! so, don’t be late.. click below picture for more information ya.. :D
*oho, btw juz nk inform bahawasanya sampai ujong bulan april ni, jaja x dapekla nk BW.. sebab jaja da exam.. huhu wish me luck!! and tuk adk2 termasuk adk jaja yg kt Segamat, yg ngah final exam skrg ni, gd luck yek.. ^^,
Friday, April 2, 2010
Contohi Rasulullah jaga kesihatan
Bersempena dengan hari Jumaat penghulu segala hari ni, jaja pun nak publish entry yg kite semua boleh ikuti.. :)
*oho, btw juz nk inform mulai minggu dpn sampai ujong bulan april, smue entry jaja autopublish yek.. means, jaja x on9 and x dapekla nk BW.. sebab jaja da exam.. huhu wish me luck!! and tuk adk2 termasuk adk jaja yg kt Segamat, yg ngah final exam skrg ni, gd luck yek.. ^^,
Mencontohi Nabi bukan secara serpihan tapi dalam segala aspek kehidupan kita. Antara cara hidup Nabi yg kita hendak lihat kali ni adalah cara hidup Nabi yg sihat. Baginda bersabda yg mksdnya, “Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu”. Tapi itu bukan bererti baginda tidak mengetahui masalah duniawi. Tidak bererti juga Nabi bebas daripada penyakit. Namun Nabi hanya pernah sakit boleh dibilang dengan jari. Yang lainnya, Nabi sentiasa dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang teramat berat dan mencabar.
Berbeza dengan manusia sekarang, penuh dengan penyakit dan penderitaan. Walaupun badan sihat tetapi hati mereka sangat berpenyakit. Berikut adalah beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan:
1) Selalu bangun sebelum Subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu, solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2) Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah s.a.w sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda akan mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari jumat adalah sangat dituntut bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman”. (Hadis Riwayat Muslim)
3) Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah s.a.w: “Kami adalah 1 kaum yg tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan),” (Muttafaq Alaih).
Dlm badan manusia ada 3 ruang untuk 3 benda: 1/3 utk udara, 1/3 utk air, 1/3 lainnya utk makanan. Bahkan ada 1 pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dgn berpuasa pada bulan Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4) Gemar berjalan kaki
Rasulullah s.a.w berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Dgn berjalan kaki, peluh akan mengalir, roma terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting utk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5) Tidak Pemarah
Nasihat Rasulullah s.a.w: “Jangan marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat dan kekuatan Muslim bukanlah terletak paa jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz (a’uzubillahi minasy-syaithonir rajim) kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat 2 rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.
6) Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis akan memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah S.W.T.
7) Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlahhatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah”.
8) Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain akan membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu akan melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan sihat. Bahagia sebenarnya bukan dengan mendapat tetapi dengan memberi.
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat baginda. Ini hanyala sebahagian jek.. Sekian dulu entry untuk ari jumat.. “renung-renungkan, dan selamat beramal” ^_^
Al-Fatihah tuk Din Beramboi
Baru-baru ni, kan kita dikejutkan dengan berita yg arwah kritikal dan memerlukan darah jenis O dalam mase 48 jam kerana dijangkiti virus kencing tikus.. tepanjat giler.. mmg tekejot jns berok punyela..
Pastu semalam kat metro, yang sebenarnya arwah ni disahkan demam denggi berdarah sehingga beberapa organ dalaman die tak dapat berfungsi. Tengah malam tadi, pukol 12.30 tghmlm, arwah telah pergi wat selama-lamanya.. sedihkan.. :(
lately ni cam banyak jek dengar brite2 kematian.. pastu, smue nye cam senang jek.. cth sblm ni, arwah Asri Rabbani.. bermula dengan sakit dada pastu terus jek takde.. huhuhu.. gile insafla.. mse kite smue nanti camne la agknye ek.. smoga Allah S.W.T permudahkan tuk kita juga.. aminn~
ape-ape pun, takziah wat kuarge DB.. mesti istri die trase gile kan, lg2 ade ank kecik.. ish, kesiannya.. smoga Allah tabahkan hati ahli kuarge mreka ni smue.. Al-Fatihah tuk DB atau nme sebnarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri.. semoga roh arwah dicucuri Rahmat.. amin~
AL-FATIHAH