Thursday, August 5, 2010

Khasiat Halia

haliaHalia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian guna dalam masakan dengan bauan aromatik yang mampu melegakan nafas. Tapi, tahu tak yang sebenarnya halia juga menawarkan khasiat untuk membantu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kesukaran penghadaman.

Halia berasal dari Asia Tenggara dan kini ditanam secara meluas di Jamaica dan beberapa kawasan tropika. Akar halia terkenal sebagai hera yang telah digunakan untuk masakan dan juga perubatan. Halia telah digunakan oleh pakar herba China lebih 2500 tahun lalu.

Sejak zaman berzaman, hala sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, atritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu  menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekaligus mengurangkan masalah peredaran darah.

Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat atritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogol dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid daam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot-otot penghadaman.

Cara-cara untuk  menggunakan halia:

  • dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan
  • Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu dibahagian yang sakit.
  • Halia segar yang dibuang kulit boleh dimakan setiap 4 jam tetapi TIDAK LEBIH 3 KALI SEHARI untuk melegakan masalah perut. Teh halia boleh diminum beberapa kali sehari.
  • Cuba minum segelas teh halia untuk meredakan masalah selsema. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga dalam halia dapat memanaskan paru-paru dan perut.

(sumber: akhbar Metro)

3 comments:

AyuniNatirah said...

salam perkenalan^___^

wahhh...mmg bgs la khasiat halia nie...saya gak ade m'amalkan makan halia nie..!!!halia muda nie rse nyer mcm pds ckit tp elok la utk m'nurunkan berat badan n m'nurun kolesterol dalam badan...mmg ternyata halia nie bgs utk smua org...heheheehe

marilah ke blogshop saya

Shawl and Belt

Aleen Aiden said...

boley jugak dcampurkan dgn limau nipis lalu menjadilah ia krim halia mustajab...yusmira pon ade.heee

baincardin said...

Salam Jumaat.

Mcm mana nak dpt kawalan malaikat? Jom kita hayati bersama! ^_^

Related Posts with Thumbnails