Wednesday, August 25, 2010

Selamat Hari Wanita

sebenarnye, jaja baru tawu yang arini hari wanita.. hehe :P tu pun mase dengor radio tadi baru tawu.. kalo tak, memang sampai esok pun jaja tak tawu.. adoi~ memang tak alert tol jaja ni.. muahahaha… papepun, selamat hari wanita wat semua wanita di sane.. :)

wanita.. perempuan.. hawa.. gegurl.. atau ape saje panggilan, ianya tetap membawa maksud yang sama.. iaitu BUKAN LELAKI..  tak kirala, nyah wanita sejati mahupun tak sejati..

 

SELAMAT HARI WANITA! =)

 

*jase dan pengorbanan sorang wanita yang bergelar ibu, emak, takkan kulupakan sampai bile2… hargailah semua wanita yang berada disekeliling kita..

Wednesday, August 18, 2010

Salam Ramadhan

salam semua.. salam ramadhan and happy fasting tuk smue kawan2 yang beragama Islam..

ramadhan ni, jaja busy sangat2.. busy dengan tempahan kuih-muih tradisional dan juga nasi lemak special yang ditempah oleh orang2 disekeliling ni.. papepun, Alhamdulillah syukur.. :)

anda semua nak rase?? hehe

tambahan lagi, jaja pun da amik tempahan kuih raya.. tahun ni jaja tak amik order banyak sangat coz stock terhad.. jadi, bagi sesiapa yg nak order, leh tinggalkan msg yek.. tanx smue! :)

Tuesday, August 10, 2010

apa salah mereka???

Pagi semalam, masa nak pegi pasar beli sayur, kecoh lagi kat area umah ni sebab da janin sebesar tapak tangan yang dah cukup sifat dijumpai dalam tong sampah.. :(

kesiannye baby tu.. and lagi kesian sebab janin tu dipercayai mungkin dicampak dari tingkat atas sebab ade kecederaan kat kepala die..

je_02.1[1]

kejamnye… =(  kalo taknak, janganla buang sampai camni.. sedey+kesian+sebak+tak sampai hati tengok pic atas tu… :’(

tuk berita selanjutnye, bole klik kat link bawah ni..

UTUSAN online

HARIAN METRO online

dan tuk harini, ade lagi kes pembuangan bayi ni.. tapi kat Perak lak area Tanjung Rambutan sane..

je_01_1yang ni lagi kesian.. lahir cukup sifat semua, tapi disumbatkan kapas kat lubang hidung lak.. pastu dibungkus dalam plastik hitam.. Ya Rabbi, KEJAM yang amatla mreka ni… :’(

UTUSAN

HARIAN METRO

makin hari, makin menjadi-jadi kes pembuangan bayi ni.. ape tak kesian ke tengok baby secomel camtu pastu dibuang2 lak.. manela peginye sifat kasih sayang mahupun simpati dorang ni??

Friday, August 6, 2010

Jaja Jr. and Ipen Jr.

lalalajaja arini nak review balik tuk julai aritu.. al-maklum jela, ade yang sempat jaja crite kat sini, ade yang tak kan.. ape2 pun, 1st julai aritu Jaja junior bru pandai jalan.. hehe.. biasela, anak yang pandai jalan tapi mama die lak yang excited lebih.. ekekeke =P

pastu julai aritu gak, kitorang celebrate birthday Jaja ngan Jaja Jr… celebrate among family jek.. sekadar suke-suke.. haha tu pasal kalo tengok pic kat bawah, ade 2 kek..  1 tu marble kek, yang jaja penah story sebelum ni yang jaja order kat Kak Shada (sifu), sedap tau.. and yang lagi satu tu, Incik Ipen blikan Cheese Cake.. nyummy~  P1000372P1000378 P1000382

P1000383

 

 

 

 

Julai aritu gak jaja da turun KL. Sebenarnye, juz nak jenjalan makan angin g I-City ke kan, tp plan brubah lak.. singgah nilai jap, jumpe family in law yg kebetulan da kat sane, then hang-out ngan BFF.. sangat best walau pun dapat jumpe mreka hanya sekejap cume.. hehehe..

jajamiss u ols guys!! muahmuah

honestly, sangat best kalo dapat jumpe member2 lame esp. yang zaman2 skola, matrix, uni dulu kan.. huhuhuhu

Dahla..

yela, jaja masih tak sangka yang cerita pasal sorang insan ni masih tak habis-habis lagi rupenya.. cerita yang konroversi 2,3 ari lepas pasal kat facebook tu.. sudah-sudahla tu wahai kawan-kawan.. dia dah minta maaf pun kan..

ape yang paling jaja terperanjat, isu ni kuar kat paper

Sinar Harian.. (klik situ tuk bace)

dah kuar paper, mksdnye, memang dah tersebar ngan meluasla kan..

pendapat jaja la kan, orang johor ada hak tuk marah sebab ianya memang menyentuh sensitiviti mereka jadi, tak boleh nak wat ape la kan..

walau kita ni rambut sama hitam, tapi hati kan lain-lain.. erm, dahla.. kesian pulak jaja tengok die kena hentam.. huhu

pengajaran tuk kita semua, berhati-hati kalo nak berkata-kata..

buang yang keruh, amik yang jernih okay…

SALAM 1 MALAYSIA…. PEACE NO WAR!  :)

Thursday, August 5, 2010

Khasiat Halia

haliaHalia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian guna dalam masakan dengan bauan aromatik yang mampu melegakan nafas. Tapi, tahu tak yang sebenarnya halia juga menawarkan khasiat untuk membantu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kesukaran penghadaman.

Halia berasal dari Asia Tenggara dan kini ditanam secara meluas di Jamaica dan beberapa kawasan tropika. Akar halia terkenal sebagai hera yang telah digunakan untuk masakan dan juga perubatan. Halia telah digunakan oleh pakar herba China lebih 2500 tahun lalu.

Sejak zaman berzaman, hala sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, atritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu  menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekaligus mengurangkan masalah peredaran darah.

Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat atritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogol dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid daam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot-otot penghadaman.

Cara-cara untuk  menggunakan halia:

  • dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan
  • Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu dibahagian yang sakit.
  • Halia segar yang dibuang kulit boleh dimakan setiap 4 jam tetapi TIDAK LEBIH 3 KALI SEHARI untuk melegakan masalah perut. Teh halia boleh diminum beberapa kali sehari.
  • Cuba minum segelas teh halia untuk meredakan masalah selsema. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga dalam halia dapat memanaskan paru-paru dan perut.

(sumber: akhbar Metro)

Wednesday, August 4, 2010

Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata??

tadi masa jaja berfesbuking, tetibe ternampakla shout out dari kengkawan mengenai Nor Azita Osman ni.. heboh dah kot and rasanye korang semua dah tawu agaknya..

sebabkan biskut Famous Amos tu pun, nak kecoh sampai kutuk2 negeri orang.. ape kejaddahnyer weyh.. dan dalam satu masa, dia telah menimbulkan kemarahan dikalangan rakyat johor termasukla jaja sendiri sehinggakan dah ade page “Nor Azita Osman Hina Johor.banned Dia” .. herm.. bg sape2 yang tak tawu ape tu biskut Famous Amos, tengok pic kat bawah ni..

tak silap jaja, azita ni dah pun memohon maaf secara terbuka kat page die.. herm, semoga ianya jadi pengajaran tuk semua orang.. berfikirlah sebelum berkata-kata lagi2 isu-isu sensitif macam ni.. bak kate pepatah, kerana mulut badan binasa..

Tuesday, August 3, 2010

Jaja Junior

byk sgt menda yang jaja rase nak story TP x tawu nak start  dari mane.. hahaha..

ade 1 entry tu, sampai skrg jaja x hbs type lg sbb stiap kali taip, mesti je ade gangguan.. hehe.. bukan gangguan ape pun, gangguan dr jaja junior ni ha.. btw, nah.. tengok pic jaja junior yg dah semakin membesor.. :D

001

Related Posts with Thumbnails