Showing posts with label isteri solehah. Show all posts
Showing posts with label isteri solehah. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

3 Punca Isteri bosan jaga anak dan bekerja

Actually jaja da terbace artikel ni dalam Majalah Mingguan Wanita, Bilangan 1380. Menarik artikel ni dan jaja rase cm tepanggil tuk kongsikan ngan u ols semua.. yela, especially buat mreka yg takde majalah ni kan.. hehe slain tu, artikel ni gak ditulis oleh Dr. Haji Juanda Hj. Jaya yg merupakan perunding undang-undang keluarga Islam. Kredit to him! :)

(picture, kredit to mr.google)

Keputusan utk melahirkan anak membawa implikasi yg besar dlm kehidupan suami isteri. Bukan hanya mereka mesti bersedia dari segi kewangan, beban emosi dan keletihan fizikal, suami dan isteri juga berhadapan dengan cabaran kehidupan moden, jenayah dan perlindungan keselamatan dan pendidikan ank-anak. Lebih utama lagi, bukan mudah untuk membesarkan seorang anak menjadi hamba Allah yang beriman.

Namun begitu, perjuangan  seorang isteri membesarkan ank-ank lebih terserlah kesabarannya berbanding suami. Di situlah hikmah perbezaan sifat antara lelaki dan wanita yang Allah S.W.T ciptakan. Isteri mesti sentiasa diberi pujian, dorongan dan sokongan suami supaya daya tahan emosi dan fizikallnya tetap hangat dan bersemangat. Kerana isteri juga manusia biasa yang pasti merasai kebosanan, putus asa dan tertekan dengan persekitarannya. Jika suami menambah beban isteri dengan perangainya yang bukan-bukan, jangan terperanjatlah bila ank-anak membesar dalam keadaan yang bukan-bukan juga.

Mengapa anda merasa bosan dengan rutin harian yang seolah-olah menjadi mimpi ngeri pada setiap hari? Hilang sudah rasa nikmatnya bekerja dan melayan kerenah anak-anak. Apa yang dirasai hanya letih, geram, bosan, keliru dengan keadaan diri yang sentiasa kelam kabut dikejar tanggungjawab. Mengapa perasaan ini wujud. Mungkin perkara berikut menjadi puncanya:-

1. Perancangan kerja tidak teratur

Jika anda kurang disiplin dan suka melengah-lengahkan kerja maka semua tanggungjawab itu menjadi berlonggok-longgok yg akhirnya menyebabkan anda keletihan, tertekan dan putus-asa. Prestasi kerja anda pun akan mengalami kemerosotan. Seorang ibu yang tidak bangun ketika ank-ank pergi ke sekolah, tidak akan tahu apa yg mreka makan, tidak ingat bila jam balik dari sekolah, tak ingat waktu belajar ank-ank, lupa menyiapkan kerja-kerja pejabat, lupa bila mesyuarat penting, tak sempat merancang kewangan  keluarga, tak larat melayan suami, tak tahu mengurus diri sendiri, dan lagi dahsyat tidak ada masa mengingati Allah. Dalam keadaan ini pasti dia akan mengalami gejala penyakit jiwa yang berbahaya. Semua itu bermula dari perancangan kerja yang tidak teratur.

2. Faktor Kesihatan Tubuh Badan

Kesihatan fizikal juga amat mempengaruhi kerjaya anda. Oleh itu pemakanan mesti diambil berat sebelum anda bersedia menjaga orang yang anda sayangi. Kelebihan berat badan juga amat mempengaruhi vitaliti fizikal seorang isteri.

Penyakit berpunca daripada cara pemakanan yg salah, oleh itu amalkanlah diet yg diajarkan Rasulullah S.A.W. Isikan perut dengan 3 bahagian, 1 untuk air, 1 untuk makanan, dan 1 untuk pernafasan. Semua makanan mengandungi khasiat untuk tubuh manusia.

Apa yang menjadi masalahnya ialah apabila makanan itu diambil tidak mengikut keperluan badan, akhirnya penyakit akan datang beriringan dengan tekanan perasaan yg dialaminya kerana beratnya tanggungjawab menjadi ibu dan pekerja.

3. Mengabaikan suntikan semangat dari Allah S.W.T

Dialah yg berkuasa melapangkan hati anda, meringankan bebanan anda, menunjuki jalan keluar dari setiap kesempitan hidup dan mencerahkan hati yang diganggu ujian. Allah S.W.T berfirman yg bermaksud: “(iaitu) Orang-orang yg beriman dan hati menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”                                     (Surah Al-Ra’d, Ayat 28)

Suntikan tenaga yang diperlukan

apakah suntikan semangat yang diperlukan seorang isteri untuk sentiasa bertenaga menghadapi ujian semasa?

Zikrullah

Jika anda marah, letih, putus asa, menangislah kerana Allah, sebut nama-Nya, mengadulah dengan suara yg sayu, getarkanlah hatimu demi memohon pertolonganNya. Zikrullah adalah kekuatan anda, suntikan yg ampuh untuk mengubat hati yang luka, letih dan gelisah. Zikrullah amalan yang paling mudah dan murah, tidak perlukan masa tertentu, tampat dan waktu yang membebankan. Amalan yang hanya menggunakan lidah dan perasaan. Tidak sedikit pun menganggu wang ringgit anda.

Dalam sebuah athar diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman pernah berkata: “wahai manusia demi Allah, sesungguhnya satu ucapan tasbih adalah lebih baik daripada apa yang dimiliki Sulaiman dan keluarganya. Kerana apa yang akan dimiliki Sulaiman akan lenyap sementara tasbih akan tetap kekal.”

Merindukan  malam

Pada saat manusia melelapkan mata, hanya anda yang masih menunggu saat berjumpa Allah. Saat-saat yang paling indah untuk mengetuk pintu rahmat-Nya, untuk mengakui betapa letihnya anda kerana dunia, anak-anak, suami, kerjaya dan amanah keluarga.

Antara amalan orang-orang soleh yang memiliki kecekalan hati, kekuatan iman dan kemenangan menaklukkan duniaialah memanjangkan doa-doa pada sepertiga malam. Perhatikanlah doa seorang hamba Allah, Malik bin Dinar: “Pada malam ini, Rabbku, Engkaulah satu-satunya Yang Mengetahui siapakah penghuni syurga dan penghuni neraka. Ya Rabbi, aku tidak tahu di manakah aku, apakah di syurga atau di neraka.”

Sulaiman Al-Darani pernah mengamalkan doanya: “Rabbi jika pada hari Kiamat nanti Engkau bertanya tentang dosa-dosaku aku akan bertanya akan rahmat-Mu. Kalaulah Engkau bertanya tentang aibku, aku akan bertanya tentang ampunan-Mu, Kalaulah Engkau bertanya tentang kelalaianku, aku akan bertanya pintu maaf-Mu. Dan jika Engkau  melemparkan aku ke dalam api neraka sekalipun aku akan memberitahu penghuni-penghuninya bahawa aku mencintai-Mu Ya Allah.”

Anda bosan? Amalkanlah petua tadi dan mulalah merancang untuk bersemangat dari sekarang. Allah bersama hamba-Nya yang bersabar.

Thursday, February 18, 2010

Peringatan untuk isteri

(autopublish mode)

Recoverd_jpg_file(7405)

  1. Apabila berselisih faham atau bertengkar dengan suami, fokuskan kepada masalah itu sahaja. Jangan dibabitkan hal-hal lain.
  2. Setelah menyelesaikan sesuatu masalah, buatkan noktah setakat itu saja. Jangan diungkit-ungkit lagi.
  3. Apabila hendak menegur suami, tengok dulu bagaimana keadaan ‘mood’. Ramai wanita mengeluh, suami tak mahu mendengar keluhan atau menerima teguran tapi sebenarnya situasi yang tak sesuai.
  4. Terima apa saje yg dibeli atau dihadiahkan oleh suami. Kalo pun anda tak suka/berkenan, tapi jangan sesekali mengutuknya. Jika tak, itulah kali terakhir dia membelikan hadiah untuk anda.
  5. Ambil serius dgn teguran suami walaupun dia hanya diluahkan sekali lalu. Mungkin anda anggap tegurannya tak serius tapi lelaki tetap menganggapnya sebagai serius. Jika anda pandang ringan tegurannya itu, suami akan menganggap anda memang tak mahu berubah.
  6. Jgn tegur atau marah suami ketika anda sedang berada dalam keadaan marah. Sebaliknya tunggula sehingga hati telah sejuk. Ramai yg beranggapan, tak puas apabila bercakap ketika hati telah sejuk. Pendapat itu tak tepat kerana ketika hati sedang marah, segala percakapan hanya dikuasai oleh perasaan.
  7. Jika hendak menegur suami, lakukan ketika anda sedang berdua-duaan dengannya. Jangan ada orang lain, walaupun anak-anak.
  8. Jangan mudah mengeluh dan lemah semangat. Lelaki cepat bosan apabila berhadapan dengan wanita yg lemah semangat, tak bermotivasi dan hanya bergantung pada suami.
  9. Walau sesibuk manapun anda, sentiasa luangkan masa khusus untuk suami.
  10. Sentiasa tunjukkan padanya, andalah wanita dan isteri pilihannya yang tepat. Jadi, serlahkanlah kesempurnaan anda.

*sumber: Majalah Nur, Feb 2007

15 Cara menjadi isteri idaman suami

(auto publish mode) ilmu ni berguna utk yg bakal menjadi isteri, mahupun yg sudah menjadi isteri. ^_^

nikahWanita yang hebat adalah wanita yang mempunyai semua ciri-ciri yang diidamkan oleh setiap lelaki untuk dijadikan isteri. Mereka bukan hanya diharapkan utk menjadi seorg istri tapi juga sebagai kawan dan kekasih serta ibu yang solehah untuk anak-anak.

Sesungguhnya bagi kejayaan seorang lelaki, berdiri di belakangnya adalah seorang istri yang hebat dan berjayanya seorg anak, berdiri di belakangnya adalah seorg ibu yang hebat. Ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki ialah:

  1. Mentaati Allah S.W.T dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
  2. Bersikap malu terhadap suami. Dengan adanya sikap begini, seorang isteri itu akan sentiasa berusaha untuk kelihatan sempurna bukan hanya di hadapan, bahkan juga ketika dibelakang suami.
  3. Berdiam diri ketika suami sedang bercakap, baru bersuara setelah suami selesai berbicara. Bukannya sepatah suami bercakap, 10 patah dijawabnya. kalau pun tak mampu menyelesaikan kekusutan yang dihadapi suami, cukuplah sekadar menjadi pendengar yg setia.
  4. Sentiasa bersikap hormat pada suami. Menghantar suami ke muka pintu ketika suami hendak ke tempat kerja dan menyambutnya di muka pintu ketika suami pulang kerja.
  5. Sentiasa bersedia apabila suami memerlukan. Jgn sesekali menunjukkan rasa terpaksa, penat dan sbgnya kerana itu, bagi wanita yg memilih utk bekerja, mereka perlu ikhlas dan bijak membahagikan masa. Ingatlah, apabila ada rasa ikhlas, segalanya akan menjadi ringan dan apabila bijak membahagikan masa segalanya menjadi mudah.
  6. Memahami perubahan sikap suami. Cthnya, ketika suami sedang marah, berduka, kecewa, gembira, cemas dan ketika dia ingin bersendirian. Sikap semulajadi lelaki, sukar untuk meluahkan apa yang dirasakan jadi sbg isteri, jangan mudah terasa akan perubahan tersebut.
  7. 1 lagi sikap semulajadi lelaki ialah hanya mampu memberikan tumpuan pada 1 perkara dalam 1 masa. Jd, jangan sesekali mengajak suami berbual atau bercerita tentang masalah di tempat kerja ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak dan sbgnya. Sesungguhnya perbuatan itu bukan saje akan membuatkan anda kecewa krn tak mendapat perhatiannya, tapi boleh menimbulkan kemarahan suami.
  8. Memakai wangi-wangian dan pakaian sentiasa kemas ketika bersama suami. Ingat, ketika diluar rumah, suami sentiasa berhadapan dgn wanita-wanita cantik, harum dan menggoda. Jadi pastikan apabila pulang ke rumah, dia tidak pula berhadapan dgn isteri yg hanya berkain batik dan t-shirt lusuh, muka berminyak dan bau yg kurang menyenangkan. (honestly, saya mmg x reti pkai kain batik xcept mse pantang sbb TERPAKSA.. ngee~ =D)
  9. Jaga mulut drpd bau-bau yg kurang menyenangkan. Cthnya, ketika makan petai, jering dan durian. Jika makan bersama suami, buatlah sesuatu selepas itu agar dapat mengatasi bau mulut. Apa lagi bagi mereka yg menghadapi masalah mulut berbau kerana kerosakan gigi. Segera bertindak walaupun baru sekali suami menegur.
  10. Sentiasa menjaga kehormatan diri terutama ketika ketiadaan suami. Wanita bekerja cthnya, jagalah tingkah laku.
  11. Bersyukur diats apa yg disediakan dan diberikan suami. Jgn suka meminta-minta, apa lagi jika ia diluar kemampuan suami. dan jgn sesekali membanding-bandingkan kelebihan yg dimiliki oleh org lain dgn apa yg anda miliki.
  12. Dlm apa jua situasi, sentiasa berdiri di belakang suami. Menjadi tongkat ketika suami jatuh dan menjadi pemangkin ketika suami berjaya.
  13. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Begitu juga bagi wanita yg bekerja. Bekerja bukan alasan untuk mereka bebas ke sana dan ke mari.
  14. Sentiasa tersenyum. Sesungguhnya, senyuman adalah sebesar-besar penawar walau dlm apa juga situasi. Cthnya, ketika hati suami sedang bercelaru, segera menjadi tenang apabila melihat senyuman isteri dan ketika dia sedang marah, segera api kemarahan itu padam hanya dgn senyuman isteri.
  15. Sentiasa menghormati keluarga suami. Menyayangi dan melayan keluarga suami sama spt keluarganya sendiri. Jgn sesekali membeza-bezakan antra kluarga suami dgn kluarga sndiri. Bahkan sikap mengutamakan keluarga mentua akn membuatkan kasih sayang suami semakin bertambah.

Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud; “Sebaik-baik kalian adalah orang yg baik terhadap keluarganya, dan saya adalah orang yg paling baik pada keluargaku, tidaklah menghormati pada wanita kecuali org yang mulia dan tidaklah menghinakannya kecuali orang yang tercela.”

Sunday, November 8, 2009

gaduh-gaduh sayang...

suddenly, just teringat, topik AL-KULIYAH kelmarin iaitu pd 6hb nov 2009.. ni la topik nyer.. seriously, sgt best al-kuliyah time tu and topik tu sangat menarik. tmbhn lg, tetamu yg dtg seorg kaunselor, nme die, sorry x ingt dengan Datuk Abu Hassan Din.

Ada benarnye kate Datuk Hassan Din, org yg kahwin x pernah gaduh MMG PEMBOHONG,PENIPU la kan.. "sedangkan lidah tergigit, inikan pula suami istri" bak kate lagu Allahyarham P.Ramlee...

so, ade beberapa perkara yg saye ingat and patut kongsi ngan u ols,

1) if gaduh ngan suami/istri/pasangan anda, salah sorang PERLU mendiamkan diri.. biasennye, yg akan byk ckp adelah perempuan iaitu istri. jd, si suami perlulah mengalah dan mendiamkan diri. senang ckp, JADILAH PENDENGAR YANG SETIA.. di akhir skali, brula si suami bersuara dgn hanya membuat kesimpulan dari semua kata-kate isteri dengan perkataan yang ringkas dan padat seperti, Ya atau Tidak atau Ok..

2) sekiranya pergaduhan tersebut membuatkan anda saling menyampah, atau bermasam muka sesama sendiri, salah seorang tak kira samada suami atau istri, PERLULAH turunkan egonye dan cubalah ingat kembali saat manis ketika bercinta atau apa2 saje yang manis2 belaka.. hal ini, kerana tak rugi sekiranya anda mengalah dan menurunkan ego. terutama sekali, si isteri.. jgn terlalu mengikut perasaan dan emosi.. haruslah lebih rasional dan fikirkan anak-anak atau ,masa depan keluarga anda.

3) suami isteri apabila dh kawin and beranak pinak, tak salah sekiranya pergi berbulan madu kali kedua dan cube menghangatkan kembali hubungan kalian. INGAT, percutian tersebut haruslah HANYA ANDA BERDUA...

4) kebiasaannya, isteri slalu digelari dengan 'ratu bebel'.. jadi, adalah baik sekiranya diwaktu2 begini, si isteri PERLU mengawal percakapannya dan JANGAN berkata2 melebihi kata2 si suami...

5) harus di ingatkan, perkara yang kecil janganlah diperbesar-besarkan dan terimalah pasangan kita seadanya..


InsyaAllah, ni semua leh di jadikan panduan wat saya dan anda semua untuk masa sekarang ataupun bekalan kalian sebelum melangkah ke alam rumah tangga... InsyaAllah.. ape yg baik tu dtgnyer dari DIA dan ape yg buruk tu datangnye dari saye.. sekian wat kali ini.. sekiranya ade yang ingin memberi penambahan, amatlah saya alu2kan...
salam semua.. ^_^
Related Posts with Thumbnails