Monday, November 9, 2009

Istimewanya solat sunat Dhuha

Selain sembahyang fardu lima kali dalam sehari yang telah diwajibkan kepada seluruh umat Islam, kita juga digalakkan memperbanyakkan sembahyang sunat dan bagi saya, solat sunat Dhuha ni, ada keistimewaannya yang tersendiri selain memperluaskan lagi pintu rezeki kita.. InsyaAllah..

Dalil tentang solat sunat Dhuha ini bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a berkata; " Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha 2 rakaat dan sembahyang sebelum tidur."

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
"sesiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha, akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih lautan."

Sembahyang sunat Dhuha adalah sembahyang sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik. Sekurang-kurangnya sembahyang Dhuha boleh dilakukan sebanyak dua, empat, enam, lapan atau 12 rakaat. Waktu sembahyang sunat Dhuha ini dilaksanakan kira-kira matahari sedang naik setinggi tujuh hasta (pukul 8 sehingga masuk waktu sembahyang Zuhur).

Sebagaimana solat-solat lain, sebelum melakukan sembahyang sunat Dhuha, hendaklah terlebih dahulu membersihkan diri dengan berwuduk. Kemudian berdiri mengadap kiblat sambil menetapkan niat di dalam hati.

Lafaz niat:
Aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.

Doa yang dibaca setelah selesai sembahyang sunat Dhuha:
Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu Dhuhamu, keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

(sumber: majalah dara.com, julai 2004)

InsyaAllah, berkat solat sunat Dhuha ni, mudah-mudahan terbuka seluas-luasnya pintu rezeki kita.. InsyaAllah..
saye mempunyai pengalaman yang tersendiri berkat solat sunat Dhuha ni, sebab tu, terbuka hati saya untuk berkongsi dengan anda semua perkara yang baik ini.. InsyaAllah..

No comments:

Related Posts with Thumbnails